Wednesday, December 23, 2009
Hye....hari ini genap 18 hari saya bergelar seorang isteri..Dan hari ini baru berkesempatan nak bercerita tentang majlis saya yg hampir basi..hikhik..belum basi lagi kan??? ala bagi la saya can nak glame kejap..hehe...boleh la ye..
Secara rasminya "aku" bertukar " saya "..supaya lebih manis kan...dan semoga blog ini semanis tuan nya...haha..dah mula merepek..sebelum lebih jauh berangan, mari kita mula mendengar cerita key...
Majlis diadakan di umah parents saya ...my home sweet home di Batang Kali Selangor..
Okey la jom kita layan gambar..
Around 11.00 am : kami bertolak ke Shah Alam.. Alhamdulillah tiada sebarang kejadian yg tak diingini berlaku sepanjang perjalanan..




To all fwens yang datang majlis ni..saya ucapkan terima kasih banyak2...thanks sudi memeriahkan majlis kami berdua...
p/s : Lega sumenyer berjalan seperti yang dirancang.... : )))
Wednesday, December 16, 2009
Location : Ampang Pecah
Tuesday, December 15, 2009
Assalamualaikum semua..
Bersua kembali stlh hampir 2 minggu aku meninggalkan blog ini..hehe..
Erm Alhamdulillah dah selesai semuanya..semuanye berjalan dengan lancar sekali..
Aku kini lega..hapus sudah segala penantian dan penyiksaan..
Dan kini tanggungjawab baru menanti untuk aku laksanakan..
Dan sekarang aku dah boleh tarik nafas dengan selega2nya..
Majlis pernikahan berlangsung pada 5 Disember 2009 selepas waktu Zohor di Masjid Bandar Utama Batang Kali..Alhamdulillah dgn sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada En.Zaiham Hj.Hassim..
Cam tak percaya aku dah bergelar Puan..Majlis berlangsung dengan meriah sekali..bagi aku majlis yg simple sudah memadai...seperti yg di war2 kan sebelum ini, aku impikan sebuah majlis yg simple but sweet..hehe....
Di kesempatan ini, atas permintaan ramai, maka diupload kan sedikit gambo masa nikah..
Kamu buat lah penilaian sendiri key..jom layan.......sebelum tu nk mintak maaf coz sumer gambar ini tidak sempat di edit..hoho..









