Monday, January 3, 2011

Jom berhoney madu-Part II-

Salam semua :p

Kerja 2011 bermula hari ini.Sekolah bukak hari ini.Student masuk class hari ini.Kaki tangan awam mahupun swasta mula bekerja hari ini.Pendek kata semuanya bermula hari ini lah.So kepada adik-adik jangan pulak ponteng sekolah ye,kepada yang bekerja jangan sambung MC ke EL ke erk :p

Tiada tujuan merapu, cuma menghupdate cerita basi pergi Melaka berhoney madu yang lepas.Hopefully korang tak kisah.Kalu korang kisah pon, ade saya kisah? haha.Ok2 stop merapu :p

Perjalanan bermula dari rumah sekitar jam 8 pagi, then masuk highway, keluar tol Ayer Keroh..Bayar tambang tol tak ingat berapa hengget pastu terus shoot ke Taman Rama-Rama dan Reptilia.Tujuan? Dah tentu nak tengok rama2 kan..takkan nak tengok joget lambak pulak :p
Korang marah? Saya tak kisah pun..hehe.

Ini serba sedikit buah tangan yang sempat saya bawakkan untuk korang..



Possing ala-ala model muslimah..Nyampah i..haha..Sedikit info untuk korang.Taman ini diberikan nama Taman Rama-Rama dan Reptilia..Dibuka pada 1 February 1991.Saya baru masuk sekolah darjah satu masa taman ni baru bukak..Korang leh kira umur saya berapa sekarang kan :p


Korang nampak tak rama-rama? rama-rama hitam kat celah-celah daun tu..Haip bukan yang pakai baju hitam tu tau! Fokus terlebih kat si baju hitam tu thats why rama-rama hitam tenggelam.Alasan :p




 

Berikut sahaja buah tangan saya untuk tatapan korang..Kelembapan Streamyx mengupload gambar memang diakui seantero dunia..Saya fade up.huhu..
Buat pengetahuan korang, ada banyak lagi binatang kat dalam tu.Ada kura-kuraan, buaya-buayaan, ikan-ikaan, burung-burungan, dan macam-macam lagi lah..sila jangan marah cikgu saya yang mengajar Bahasa Malaysia.Bukan salah mereka..Saya yang mereka :p


Selepas meredah hampir sejam dalam taman tu,pengembaraan upin-ipin diteruskan ke Zoo Melaka.Nampak sangat aktiviti honey madu saya dipenuhi dengan aktiviti mengenal haiwan2 macam budak tadika..haha..
Eh korang jangan kutuk tau.Tak baik :p
Kali ni pengembaraan hanya sekejap sahaja sebab perut masing2 dah bergendang gendut tali kecapi.Lapar minta diisi..


Satu gambar sahaja..Kata lapar tapi muka leh tersenyum lebar lagi.Teruk kan..
Zoo melaka ni adalah zoo kedua terbesar kat Malaysia.Ada lebih kurang 1500 binatang punya tempat tinggal dalam zoo ni.Nak masuk murah je.Korang perlu bayar RM7.Untuk zoo malam pulak RM10..Murah dan sangat berbaloi kepada yang datang dari jauh macam den ni hah..hehe..


Ya sekarang sudah pukul 5.30.Perlu tunaikan yang wajib dahulu..Dok merapu ni bukan menambah pahala pun kan..Kepada yang belum,jom kita sesama menghadap yang Esa.Jangan degil babat kang :p


Ketemu lagi!
Thank you for reading!


p/s: Entry khas selepas ini akan menyusul..Sabar ya!




1 Comment:

  1. PenamparJepon said...
    nape gmbr abg tak byk nih??huhu..nanti upload gmbr lg tau..citer2 pun byk lg..

Post a Comment