Salam semua :p
Saya kembali lagi!
Bosan.Saya bosan!Bosan tahap cipan yang kuat membuta tu! :)
Korang buat apa hari ni? Saya kebosanan di sini huhu.Kalau duit gaji masuk ketika ini kan best..SHOPPING !Lol! Hish kepala hotak tak habis2 pikir nak perabihkan duit kan :p
Mari kita mengunyah kerepek pisang sambil mengenang kisah silam.
Sesi mengimbas kembali
Jom berhoneybulan -Last Episode-
__________________________________________________________________________________
Selesai menghabiskan pengembaraan upin-ipin di zoo, kami melancarkan misi mengisi perut yang bergendang-gendang.Cara yang paling pantas tak lain tak bukan 'MCD Drive Thru' ;p
Oh heaven nya mengunyah kentang goreng bersulam air coke yang manis tu! Time tu tak pikir berapa kandungan kalori dan gula dah.Adush habis diet saya! hehe
Hampir pukul 2 kitorg sampai di lobi hotel.Usai acara pendaftaran, kitorg dibawa ke bilik hotel.Terbayang-bayang keindahan katil, bantal segala.Tak sabar nak landing.Pancit gila dah!
Kitorang ambik yang promotions punya..Memang puas hati gila-gila.Nasib tak gila :p
PAMPERING TREAT
Antara yang ditawarkan:
1) 1 candlelight dinner for 2 adults
2) Daily buffet breakfast for 2 adults
3) Complimentary milk bath
4) Accommodation for 2 adults
5) Valid until 31 March 2011
So, kepada yang berhajat nak berhoney bulan boleh la try usha2 promotions ni.Boleh click link tu ok.
Yang best nya sebab ade milk bath.Haha batak gila saya! Peduli hape sebab saya tak penah try milk bath :p
Acara perasmian tilam empuk :p
Bilik ini tersangat la besar..Boleh main lari-lari lagi.Hambik ko!Pastu ada dua TV lagi..tak payah berebut channel dengan En.Suami ;p
Itu yang paling saya suka hehe.
Peralatan pemandian berhadas pemutihan badan
Then, dalam jam 830 malam diorang datang setting for the candlelight dinner.Malam tu hujan lebat, so kitorg memang tak dapat nk kua jenjalan.Padahal JJ kat sebelah je.JJ tu besar gila kot! huhu
Fuh makanan dia memang terbaik dari ladang la! Memang marveles! Makan sampai senak peyot saya tau!
Lepas tu membuta dengan penuh kekenyangan :p
Cerita keesokkan harinya...
____________________________________________________________________________________
Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pastu terus pi bekfast melantak. Kira-kira satu jam baru mengangkat punggung masing2..Wahaha bayar mahal, makan pon mahu satu lori jugak ma!!! Tak boleh blah betul.
Isi peyot banyak2 supaya tak pancit pasni :p
Awak berdua nampak biru la..Ahaks :p
Lepas check out jam 12, kitorg meneroka ke Dataran Pahlawan. Memang dah teringin sangat nak naik "Duck Bus" .Best sangat ke?
Jeng jeng...ketuk dram ramai-ramai
Ni la rupa 'Duck Bus' Comel kan?
Hoho indah khabar dari rupa! Tak best langsung! Bosan! Mula2 je sonok pastu korang pikir sendiri la.Selama 45 minit tu saya leh tersengguk-sengguk sambil ikot irama lagu 'hangguk2 geleng2" hehe.
En.Suami siap cakap nak tido.Wargghhhhhhhhhh ni part rasa menyesal bertubi2 datang ni.Lebur RM38 tau!
Pasni tak nak naik dah.Tapi saya tak hasut korang jangan tak naik tau.Pendapat masing2 kan berbeda!
Selepas turun dengan muka kesengalan, En.suami ajak cuci mata sekitar Bandar Hilir.Part ni syok sikit dapat tengok bangunan yang unik2.Entah untuk keberapa kali saya jejak kaki kat sini tapi still tak jemu2..Penangan tu babe!
Gambar sekitar dalam muzium setem dan rail ketapi.
Kemudian bermulalah acara menshoppingkan diri..Yeah tersangat riang bila bab2 perabihkan duit ni..Memborong kerepek,belacan mak tempah, t-shirt dan tak lupa juga souvenier.Shopping cuma sejam sahaja coz dah nak bertolak balik KL.Sebelum balik, sempat rembat topi yang chumel ini.Sepuluh hengget sahaja..
Ok tamat sudah cerita jom berhoneybulan.Apa yang pasti ia meninggalkan kenangan yang sangat indah bagi saya dan En.Suami.Doa saya semoga Allah sentiasa merahmati hubungan ini sampai akhir nyawa.Amin.
Baiklah tiba masa untuk saya sign out sekarang!
Jumpa lagi!
Thank you for reading!