Thursday, January 6, 2011

Salam semua :p
Saya kembali lagi!

Bosan.Saya bosan!Bosan tahap cipan yang kuat membuta tu! :)

Korang buat apa hari ni? Saya kebosanan di sini huhu.Kalau duit gaji masuk ketika ini kan best..SHOPPING !Lol! Hish kepala hotak tak habis2 pikir nak perabihkan duit kan :p

Mari kita mengunyah kerepek pisang sambil mengenang kisah silam.

Sesi mengimbas kembali
Jom berhoneybulan -Last Episode-
__________________________________________________________________________________

Selesai menghabiskan pengembaraan upin-ipin di zoo, kami melancarkan misi mengisi perut yang bergendang-gendang.Cara yang paling pantas tak lain tak bukan 'MCD Drive Thru' ;p
Oh heaven nya mengunyah kentang goreng bersulam air coke yang manis tu! Time tu tak pikir berapa kandungan kalori dan gula dah.Adush habis diet saya! hehe

Hampir pukul 2 kitorg sampai di lobi hotel.Usai acara pendaftaran, kitorg dibawa ke bilik hotel.Terbayang-bayang keindahan katil, bantal segala.Tak sabar nak landing.Pancit gila dah!




Kitorang ambik yang promotions punya..Memang puas hati gila-gila.Nasib tak gila :p

PAMPERING TREAT

Antara yang ditawarkan:
1) 1 candlelight dinner for 2 adults
2) Daily buffet breakfast for 2 adults
3) Complimentary milk bath
4) Accommodation for 2 adults
5) Valid until 31 March 2011

So, kepada yang berhajat nak berhoney bulan boleh la try usha2 promotions ni.Boleh click link tu ok.
Yang best nya sebab ade milk bath.Haha batak gila saya! Peduli hape sebab saya tak penah try milk bath :p



Acara perasmian tilam empuk :p

Bilik ini tersangat la besar..Boleh main lari-lari lagi.Hambik ko!Pastu ada dua TV lagi..tak payah berebut channel dengan En.Suami ;p
Itu yang paling saya suka hehe.



Peralatan pemandian berhadas pemutihan badan


Then, dalam jam 830 malam diorang datang setting for the candlelight dinner.Malam tu hujan lebat, so kitorg memang tak dapat nk kua jenjalan.Padahal JJ kat sebelah je.JJ tu besar gila kot! huhu






Fuh makanan dia memang terbaik dari ladang la! Memang marveles! Makan sampai senak peyot saya tau!
Lepas tu membuta dengan penuh kekenyangan :p


Cerita keesokkan harinya...
____________________________________________________________________________________

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pastu terus pi bekfast melantak. Kira-kira satu jam baru mengangkat punggung masing2..Wahaha bayar mahal, makan pon mahu satu lori jugak ma!!! Tak boleh blah betul.
Isi peyot banyak2 supaya tak pancit pasni :p


Awak berdua nampak biru la..Ahaks :p
 
Lepas check out jam 12, kitorg meneroka ke Dataran Pahlawan. Memang dah teringin sangat nak naik "Duck Bus" .Best sangat ke?

Jeng jeng...ketuk dram ramai-ramai


Ni la rupa 'Duck Bus' Comel kan?

Hoho indah khabar dari rupa! Tak best langsung! Bosan! Mula2 je sonok pastu korang pikir sendiri la.Selama 45 minit tu saya leh tersengguk-sengguk sambil ikot irama lagu 'hangguk2 geleng2" hehe.
En.Suami siap cakap nak tido.Wargghhhhhhhhhh ni part rasa menyesal bertubi2 datang ni.Lebur RM38 tau!
Pasni tak nak naik dah.Tapi saya tak hasut korang jangan tak naik tau.Pendapat masing2 kan berbeda!

Selepas turun dengan muka kesengalan, En.suami ajak cuci mata sekitar Bandar Hilir.Part ni syok sikit dapat tengok bangunan yang unik2.Entah untuk keberapa kali saya jejak kaki kat sini tapi still tak jemu2..Penangan tu babe!




Gambar sekitar dalam muzium setem dan rail ketapi.


Kemudian bermulalah acara menshoppingkan diri..Yeah tersangat riang bila bab2 perabihkan duit ni..Memborong kerepek,belacan mak tempah, t-shirt dan tak lupa juga souvenier.Shopping cuma sejam sahaja coz dah nak bertolak balik KL.Sebelum balik, sempat rembat topi yang chumel ini.Sepuluh hengget sahaja..


 
Ok tamat sudah cerita jom berhoneybulan.Apa yang pasti ia meninggalkan kenangan yang sangat indah bagi saya dan En.Suami.Doa saya semoga Allah sentiasa merahmati hubungan ini sampai akhir nyawa.Amin.

Baiklah tiba masa untuk saya sign out sekarang!
Jumpa lagi!
Thank you for reading!









Monday, January 3, 2011

Salam semua :p

Kerja 2011 bermula hari ini.Sekolah bukak hari ini.Student masuk class hari ini.Kaki tangan awam mahupun swasta mula bekerja hari ini.Pendek kata semuanya bermula hari ini lah.So kepada adik-adik jangan pulak ponteng sekolah ye,kepada yang bekerja jangan sambung MC ke EL ke erk :p

Tiada tujuan merapu, cuma menghupdate cerita basi pergi Melaka berhoney madu yang lepas.Hopefully korang tak kisah.Kalu korang kisah pon, ade saya kisah? haha.Ok2 stop merapu :p

Perjalanan bermula dari rumah sekitar jam 8 pagi, then masuk highway, keluar tol Ayer Keroh..Bayar tambang tol tak ingat berapa hengget pastu terus shoot ke Taman Rama-Rama dan Reptilia.Tujuan? Dah tentu nak tengok rama2 kan..takkan nak tengok joget lambak pulak :p
Korang marah? Saya tak kisah pun..hehe.

Ini serba sedikit buah tangan yang sempat saya bawakkan untuk korang..



Possing ala-ala model muslimah..Nyampah i..haha..Sedikit info untuk korang.Taman ini diberikan nama Taman Rama-Rama dan Reptilia..Dibuka pada 1 February 1991.Saya baru masuk sekolah darjah satu masa taman ni baru bukak..Korang leh kira umur saya berapa sekarang kan :p


Korang nampak tak rama-rama? rama-rama hitam kat celah-celah daun tu..Haip bukan yang pakai baju hitam tu tau! Fokus terlebih kat si baju hitam tu thats why rama-rama hitam tenggelam.Alasan :p




 

Berikut sahaja buah tangan saya untuk tatapan korang..Kelembapan Streamyx mengupload gambar memang diakui seantero dunia..Saya fade up.huhu..
Buat pengetahuan korang, ada banyak lagi binatang kat dalam tu.Ada kura-kuraan, buaya-buayaan, ikan-ikaan, burung-burungan, dan macam-macam lagi lah..sila jangan marah cikgu saya yang mengajar Bahasa Malaysia.Bukan salah mereka..Saya yang mereka :p


Selepas meredah hampir sejam dalam taman tu,pengembaraan upin-ipin diteruskan ke Zoo Melaka.Nampak sangat aktiviti honey madu saya dipenuhi dengan aktiviti mengenal haiwan2 macam budak tadika..haha..
Eh korang jangan kutuk tau.Tak baik :p
Kali ni pengembaraan hanya sekejap sahaja sebab perut masing2 dah bergendang gendut tali kecapi.Lapar minta diisi..


Satu gambar sahaja..Kata lapar tapi muka leh tersenyum lebar lagi.Teruk kan..
Zoo melaka ni adalah zoo kedua terbesar kat Malaysia.Ada lebih kurang 1500 binatang punya tempat tinggal dalam zoo ni.Nak masuk murah je.Korang perlu bayar RM7.Untuk zoo malam pulak RM10..Murah dan sangat berbaloi kepada yang datang dari jauh macam den ni hah..hehe..


Ya sekarang sudah pukul 5.30.Perlu tunaikan yang wajib dahulu..Dok merapu ni bukan menambah pahala pun kan..Kepada yang belum,jom kita sesama menghadap yang Esa.Jangan degil babat kang :p


Ketemu lagi!
Thank you for reading!


p/s: Entry khas selepas ini akan menyusul..Sabar ya!




Sunday, January 2, 2011

Syukur dengan yang ado


Assalamualaikum
Salam satu Malaysia :p

Buat hari ini, untuk detik dan saat ini, saya ingin mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk bernafas di bumi ini..Selamat datang 2011..Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ini..Korang sudah mesti mempunyai azam tahun baru kan? Apa pun semoga azam tahun ini menjanjikan sejuta kegembiraan dan kebahagiaan kepada korang semua..

Saya bersyukur dengan segala yang telah diberikan Tuhan selama ini..Kita tidak boleh mengeluh apa lagi menyesali takdir kita.Sekiranya kita rasa kita sangat bijak merancang hidup sendiri, sebenarnya perancangan Tuhan lebih hebat dan mengatasi segala-galanya.Setiap ujian sebenarnya hanya untuk menjadikan kita semua lebih matang dan dewasa menjalani ujian hidup..

Untuk itu, sempena tahun baru ini, saya dengan rendah diri mahu melafazkan seribu rasa syukur dengan segala nikmat kurniaan Illahi.Tidak menjadi kaya pun, tidak mengapalah! Setidak-tidaknya saya masih mampu pakai SELIPAR JEPON untuk ke bilik air! Saya masih ada berpasang-pasang baju kurung untuk dipakai ke opis! Saya ada bas awam,saya ada LRT,cukuplah!Hehe..

Saya mahu senaraikan setiap perkara yang saya ada sebagai tanda saya bersyukur !

Senarai Kesyukuran Saya!

1. Saya bersyukur sebab ada emak dan ayah.

2. Saya bersyukur sebab ada suami yang sangat memahami.
3. Saya bersyukur dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Dua tangan saya cukup 10 jari, ada sepasang 
mata, ade sepasang bulu mata yang sangat panjang (macam unta :p).Syukur saya sihat walafiat.

4. Saya bersyukur sebab ada pengalaman bekerja pada usia muda.

5. Saya bersyukur diberi keupayaan meluah segala isi hati di blog ini.

6. Saya bersyukur blog ini diterima pembaca dan tiada yang memaki hamun saya kerana muak dengan cerita saya.

7. Saya bersyukur kerana biarpun tidak mampu berbelanja mewah, saya masih dapat menambah koleksi kasut setiap bulan.(saya hantu kasut :p).

8. Saya bersyukur sebab saya tidak gemuk walaupun sebenarnya saya kuat makan.

9. Saya bersyukur ada kawan yang pandai mengambil hati.

10. Saya bersyukur ayah saya tidak kahwin empat.

11. Saya bersyukur sebab kedua-dua orang tua saya sihat walafiat dan tiada penyakit kronik seperti orang kaya yang selalunya sakit.

12. Saya bersyukur sebab apabila saya demam, saya cuma perlukan panadol dan minyak cap kapak sahaja.

13. Saya bersyukur biarpun tidak secantik Lisa Surihani tetapi orang kata saya tetap manis dan comel.   (Perasannya saya :p)

14. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam.

15. Saya bersukur kerana menjadi warganegara Malaysia.

16. Saya bersyukur masih ada rumah untuk tinggal dan tidak perlu tidur di bawah jambatan.

17. Saya bersyukur sebab masih mampu bersolat lima waktu.

18. Saya bersyukur dilahirkan sebagai perempuan sebab saya suka benda yang comel-comel.

19. Saya bersyukur sebab tidak pernah kena histeria sepanjang duduk di asrama.

20. Saya bersyukur kerana tiada penyakit gastrik maka saya mampu berpuasa penuh.

21. Saya bersyukur kerana khatam Al-Quran buat pertama kali pada usia 9 tahun.

22. Saya bersyukur kerana negara saya tiada gempa bumi dan gunung berapi.

23. Saya bersyukur kerana masih dapat berfikir semua perkara yang membuatkan saya rasa bersyukur.

24. Saya bersyukur kerana digerakkan hati untuk meluahkan rasa syukur ini.

25. Saya bersyukur kerana semua nikmat Allah beri ini terlalu banyak sebenarnya untuk saya senaraikan.

Cukuplah yang ini dahulu.Sekali lagi saya rasa bersyukur kerana korang sudi membaca senarai ini sehingga habis!

Selamat Malam korang !!!
Thank you for reading!

p/s: Carilah novel Akukah Cinderella itu? Jalan cerita yang super duper best..Sumpah tak tipu
!