Thursday, January 6, 2011

Salam semua :p
Saya kembali lagi!

Bosan.Saya bosan!Bosan tahap cipan yang kuat membuta tu! :)

Korang buat apa hari ni? Saya kebosanan di sini huhu.Kalau duit gaji masuk ketika ini kan best..SHOPPING !Lol! Hish kepala hotak tak habis2 pikir nak perabihkan duit kan :p

Mari kita mengunyah kerepek pisang sambil mengenang kisah silam.

Sesi mengimbas kembali
Jom berhoneybulan -Last Episode-
__________________________________________________________________________________

Selesai menghabiskan pengembaraan upin-ipin di zoo, kami melancarkan misi mengisi perut yang bergendang-gendang.Cara yang paling pantas tak lain tak bukan 'MCD Drive Thru' ;p
Oh heaven nya mengunyah kentang goreng bersulam air coke yang manis tu! Time tu tak pikir berapa kandungan kalori dan gula dah.Adush habis diet saya! hehe

Hampir pukul 2 kitorg sampai di lobi hotel.Usai acara pendaftaran, kitorg dibawa ke bilik hotel.Terbayang-bayang keindahan katil, bantal segala.Tak sabar nak landing.Pancit gila dah!




Kitorang ambik yang promotions punya..Memang puas hati gila-gila.Nasib tak gila :p

PAMPERING TREAT

Antara yang ditawarkan:
1) 1 candlelight dinner for 2 adults
2) Daily buffet breakfast for 2 adults
3) Complimentary milk bath
4) Accommodation for 2 adults
5) Valid until 31 March 2011

So, kepada yang berhajat nak berhoney bulan boleh la try usha2 promotions ni.Boleh click link tu ok.
Yang best nya sebab ade milk bath.Haha batak gila saya! Peduli hape sebab saya tak penah try milk bath :p



Acara perasmian tilam empuk :p

Bilik ini tersangat la besar..Boleh main lari-lari lagi.Hambik ko!Pastu ada dua TV lagi..tak payah berebut channel dengan En.Suami ;p
Itu yang paling saya suka hehe.



Peralatan pemandian berhadas pemutihan badan


Then, dalam jam 830 malam diorang datang setting for the candlelight dinner.Malam tu hujan lebat, so kitorg memang tak dapat nk kua jenjalan.Padahal JJ kat sebelah je.JJ tu besar gila kot! huhu






Fuh makanan dia memang terbaik dari ladang la! Memang marveles! Makan sampai senak peyot saya tau!
Lepas tu membuta dengan penuh kekenyangan :p


Cerita keesokkan harinya...
____________________________________________________________________________________

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pastu terus pi bekfast melantak. Kira-kira satu jam baru mengangkat punggung masing2..Wahaha bayar mahal, makan pon mahu satu lori jugak ma!!! Tak boleh blah betul.
Isi peyot banyak2 supaya tak pancit pasni :p


Awak berdua nampak biru la..Ahaks :p
 
Lepas check out jam 12, kitorg meneroka ke Dataran Pahlawan. Memang dah teringin sangat nak naik "Duck Bus" .Best sangat ke?

Jeng jeng...ketuk dram ramai-ramai


Ni la rupa 'Duck Bus' Comel kan?

Hoho indah khabar dari rupa! Tak best langsung! Bosan! Mula2 je sonok pastu korang pikir sendiri la.Selama 45 minit tu saya leh tersengguk-sengguk sambil ikot irama lagu 'hangguk2 geleng2" hehe.
En.Suami siap cakap nak tido.Wargghhhhhhhhhh ni part rasa menyesal bertubi2 datang ni.Lebur RM38 tau!
Pasni tak nak naik dah.Tapi saya tak hasut korang jangan tak naik tau.Pendapat masing2 kan berbeda!

Selepas turun dengan muka kesengalan, En.suami ajak cuci mata sekitar Bandar Hilir.Part ni syok sikit dapat tengok bangunan yang unik2.Entah untuk keberapa kali saya jejak kaki kat sini tapi still tak jemu2..Penangan tu babe!




Gambar sekitar dalam muzium setem dan rail ketapi.


Kemudian bermulalah acara menshoppingkan diri..Yeah tersangat riang bila bab2 perabihkan duit ni..Memborong kerepek,belacan mak tempah, t-shirt dan tak lupa juga souvenier.Shopping cuma sejam sahaja coz dah nak bertolak balik KL.Sebelum balik, sempat rembat topi yang chumel ini.Sepuluh hengget sahaja..


 
Ok tamat sudah cerita jom berhoneybulan.Apa yang pasti ia meninggalkan kenangan yang sangat indah bagi saya dan En.Suami.Doa saya semoga Allah sentiasa merahmati hubungan ini sampai akhir nyawa.Amin.

Baiklah tiba masa untuk saya sign out sekarang!
Jumpa lagi!
Thank you for reading!









Monday, January 3, 2011

Salam semua :p

Kerja 2011 bermula hari ini.Sekolah bukak hari ini.Student masuk class hari ini.Kaki tangan awam mahupun swasta mula bekerja hari ini.Pendek kata semuanya bermula hari ini lah.So kepada adik-adik jangan pulak ponteng sekolah ye,kepada yang bekerja jangan sambung MC ke EL ke erk :p

Tiada tujuan merapu, cuma menghupdate cerita basi pergi Melaka berhoney madu yang lepas.Hopefully korang tak kisah.Kalu korang kisah pon, ade saya kisah? haha.Ok2 stop merapu :p

Perjalanan bermula dari rumah sekitar jam 8 pagi, then masuk highway, keluar tol Ayer Keroh..Bayar tambang tol tak ingat berapa hengget pastu terus shoot ke Taman Rama-Rama dan Reptilia.Tujuan? Dah tentu nak tengok rama2 kan..takkan nak tengok joget lambak pulak :p
Korang marah? Saya tak kisah pun..hehe.

Ini serba sedikit buah tangan yang sempat saya bawakkan untuk korang..



Possing ala-ala model muslimah..Nyampah i..haha..Sedikit info untuk korang.Taman ini diberikan nama Taman Rama-Rama dan Reptilia..Dibuka pada 1 February 1991.Saya baru masuk sekolah darjah satu masa taman ni baru bukak..Korang leh kira umur saya berapa sekarang kan :p


Korang nampak tak rama-rama? rama-rama hitam kat celah-celah daun tu..Haip bukan yang pakai baju hitam tu tau! Fokus terlebih kat si baju hitam tu thats why rama-rama hitam tenggelam.Alasan :p




 

Berikut sahaja buah tangan saya untuk tatapan korang..Kelembapan Streamyx mengupload gambar memang diakui seantero dunia..Saya fade up.huhu..
Buat pengetahuan korang, ada banyak lagi binatang kat dalam tu.Ada kura-kuraan, buaya-buayaan, ikan-ikaan, burung-burungan, dan macam-macam lagi lah..sila jangan marah cikgu saya yang mengajar Bahasa Malaysia.Bukan salah mereka..Saya yang mereka :p


Selepas meredah hampir sejam dalam taman tu,pengembaraan upin-ipin diteruskan ke Zoo Melaka.Nampak sangat aktiviti honey madu saya dipenuhi dengan aktiviti mengenal haiwan2 macam budak tadika..haha..
Eh korang jangan kutuk tau.Tak baik :p
Kali ni pengembaraan hanya sekejap sahaja sebab perut masing2 dah bergendang gendut tali kecapi.Lapar minta diisi..


Satu gambar sahaja..Kata lapar tapi muka leh tersenyum lebar lagi.Teruk kan..
Zoo melaka ni adalah zoo kedua terbesar kat Malaysia.Ada lebih kurang 1500 binatang punya tempat tinggal dalam zoo ni.Nak masuk murah je.Korang perlu bayar RM7.Untuk zoo malam pulak RM10..Murah dan sangat berbaloi kepada yang datang dari jauh macam den ni hah..hehe..


Ya sekarang sudah pukul 5.30.Perlu tunaikan yang wajib dahulu..Dok merapu ni bukan menambah pahala pun kan..Kepada yang belum,jom kita sesama menghadap yang Esa.Jangan degil babat kang :p


Ketemu lagi!
Thank you for reading!


p/s: Entry khas selepas ini akan menyusul..Sabar ya!




Sunday, January 2, 2011


Assalamualaikum
Salam satu Malaysia :p

Buat hari ini, untuk detik dan saat ini, saya ingin mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk bernafas di bumi ini..Selamat datang 2011..Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ini..Korang sudah mesti mempunyai azam tahun baru kan? Apa pun semoga azam tahun ini menjanjikan sejuta kegembiraan dan kebahagiaan kepada korang semua..

Saya bersyukur dengan segala yang telah diberikan Tuhan selama ini..Kita tidak boleh mengeluh apa lagi menyesali takdir kita.Sekiranya kita rasa kita sangat bijak merancang hidup sendiri, sebenarnya perancangan Tuhan lebih hebat dan mengatasi segala-galanya.Setiap ujian sebenarnya hanya untuk menjadikan kita semua lebih matang dan dewasa menjalani ujian hidup..

Untuk itu, sempena tahun baru ini, saya dengan rendah diri mahu melafazkan seribu rasa syukur dengan segala nikmat kurniaan Illahi.Tidak menjadi kaya pun, tidak mengapalah! Setidak-tidaknya saya masih mampu pakai SELIPAR JEPON untuk ke bilik air! Saya masih ada berpasang-pasang baju kurung untuk dipakai ke opis! Saya ada bas awam,saya ada LRT,cukuplah!Hehe..

Saya mahu senaraikan setiap perkara yang saya ada sebagai tanda saya bersyukur !

Senarai Kesyukuran Saya!

1. Saya bersyukur sebab ada emak dan ayah.

2. Saya bersyukur sebab ada suami yang sangat memahami.
3. Saya bersyukur dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Dua tangan saya cukup 10 jari, ada sepasang 
mata, ade sepasang bulu mata yang sangat panjang (macam unta :p).Syukur saya sihat walafiat.

4. Saya bersyukur sebab ada pengalaman bekerja pada usia muda.

5. Saya bersyukur diberi keupayaan meluah segala isi hati di blog ini.

6. Saya bersyukur blog ini diterima pembaca dan tiada yang memaki hamun saya kerana muak dengan cerita saya.

7. Saya bersyukur kerana biarpun tidak mampu berbelanja mewah, saya masih dapat menambah koleksi kasut setiap bulan.(saya hantu kasut :p).

8. Saya bersyukur sebab saya tidak gemuk walaupun sebenarnya saya kuat makan.

9. Saya bersyukur ada kawan yang pandai mengambil hati.

10. Saya bersyukur ayah saya tidak kahwin empat.

11. Saya bersyukur sebab kedua-dua orang tua saya sihat walafiat dan tiada penyakit kronik seperti orang kaya yang selalunya sakit.

12. Saya bersyukur sebab apabila saya demam, saya cuma perlukan panadol dan minyak cap kapak sahaja.

13. Saya bersyukur biarpun tidak secantik Lisa Surihani tetapi orang kata saya tetap manis dan comel.   (Perasannya saya :p)

14. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam.

15. Saya bersukur kerana menjadi warganegara Malaysia.

16. Saya bersyukur masih ada rumah untuk tinggal dan tidak perlu tidur di bawah jambatan.

17. Saya bersyukur sebab masih mampu bersolat lima waktu.

18. Saya bersyukur dilahirkan sebagai perempuan sebab saya suka benda yang comel-comel.

19. Saya bersyukur sebab tidak pernah kena histeria sepanjang duduk di asrama.

20. Saya bersyukur kerana tiada penyakit gastrik maka saya mampu berpuasa penuh.

21. Saya bersyukur kerana khatam Al-Quran buat pertama kali pada usia 9 tahun.

22. Saya bersyukur kerana negara saya tiada gempa bumi dan gunung berapi.

23. Saya bersyukur kerana masih dapat berfikir semua perkara yang membuatkan saya rasa bersyukur.

24. Saya bersyukur kerana digerakkan hati untuk meluahkan rasa syukur ini.

25. Saya bersyukur kerana semua nikmat Allah beri ini terlalu banyak sebenarnya untuk saya senaraikan.

Cukuplah yang ini dahulu.Sekali lagi saya rasa bersyukur kerana korang sudi membaca senarai ini sehingga habis!

Selamat Malam korang !!!
Thank you for reading!

p/s: Carilah novel Akukah Cinderella itu? Jalan cerita yang super duper best..Sumpah tak tipu
!





Thursday, December 23, 2010

Jom berhoney bulan

Salam semua..

Hari ni pergi opis dengan berbekalkan masak lemak udang dengan nanas mak saya..konon nak menjamu kawan2 opis yang sentiasa dilanda masalah kebuluran terlampau sambil boleh mengelentong saya yang masak, aleh2 takde orang kat opis..Huhu malang nasib..tu lah kalu dari awal niat tak baik tu la penangannya..padan muka saya..Haha..

Oh sunyi betul opis..Datang opis arini penuh dengan ilmu di dada..ops silap ye.. penuh dengan cerita2 hangat di dada yang nak dikongsi dengan mereka..maklumlah baru balik dari honey bulan..(alamak tercerita la pulak)..Hish2..Hurm alang2 dah takde pendengar setia kat opis, saya citer ngan u all je la ye..bereh?

Kalo korang perasan tittle blog ni 5 disember 2009? Agak2 nya 5 disember 2010 dah lps lom??? eh cuba korang cari kalkulator ke hape ke cepatlah congak..hish pemalas sungguh ye korang ni..dah la biar saya yang habaq mai kat u all..

Arini 23 disember tau..23 tolak 5 sama dengan 18..means dah setahun 18 ari saya bergelar anak dara..eh silap lagi..mak dara la..ayoyo :) maka En.Suami pon mengajak saya berhoney bulan..tapi disebabkan masalah2 teknikal yang tidak dapat dielakkan, maka kami berhoney bulan pada 20 disember..ok lah lewat 15 hari..bukan 15 tahun :)

Mari kita sesama bincangkan apakah faktor2 yang menjadi halangan kepada permasalahan ini..Aku rasa aku dah mengalami tahap kebengongan luar biasa sampai boleh merapu ke
tahap ini..ikan kerapu pon tak merapu camni kot..haha..so kepada yang tengah takde kerja sekarang ni jom kita merapu bersama2..hehe..ade jugak yang makan sup kaki saiz 7 karang..:)

Jom saya review balik proposal yang En.Suami usulkan kepada saya..


Tajuk: H.O.N.E.Y.S.T.A.R aka HONEYMOON
Location: Malacca (cam takde tempat lagi besh)
Tempat tidur: Hotel Avillion Legacy Melaka
Date: 5 Disember 2010 ( tapi dah ditunda kepada 20 Disember 2010)
Bajet Shopping: Tak leh lebih 50% dari gaji bulanan (haha statement tak leh blah)
Tempat2 menarik yang akan dilawati:
1) Taman rama-rama
2) Zoo Melaka
3) Dataran Pahlawan ( nak naik duck bus & monorail)
4) Tempat perabih duit( acara menshoppingkan diri )

Itu antara isi kandungan proposal yang dicadangkan oleh En.Suami..Macam percutian bajet lari kan..Haha..Kalu En.Suami baca mati lah saya..Tak cukup tingkap nak lari nanti :) Dah nama nya pon honey bulan bukan makan angin kan..

Cerita selanjutnya di lain entry la ye..banyak2 karang ade pulak yang muntah hijau..termasuk saya sendiri..Tak pasal2 penuh cendol hijau kat blog saya nanti..teheeee...Sebelum itu, saya tempelkan gambar prelude kepada cerita selanjutnya ok..


- harus menutup keseksian bibir ye-



- oh bekas lipstik daku kah itu-


-tiada motif apa2-

Ok tamat
Thank you for your time!

p/s: ok sila muntah sekarang!!! teheeee

Sunday, November 28, 2010


Salam Semua...

Apa khabar di luar sana? Semoga kamu sihat2 ye..Kalau tak sihat cepat2 makan ubat tau!!
Eh2 dasyat benar tajuk entry kali ini..Hutang ape la saya nak bayar ni kan..Hutang PTPTN ke??Oh yang itu sudah tentu..Tiap2 bulan menjadi kewajipan untuk bayar..mencik2..Hehe..

Tapi ini bukan hutang PTPTN yang saya maksudkan ye..Hutang menghupdate blog la kan..Lama gila saya tak buang sawang2 yang melekat kat sini..Nasib takde toyol bergayut..haha..takde duit nak upah cleaner la :)

Entry ni dah basi pun..Tapi belom mencecah sebulan lagi kebasiannya..Kalu roti tu leh makan lagi kot..hehe..Jom dengar saya punya cerita..

Alkisah bermula dua hari selepas Hari Raya Qurban yang lepas..Saya dan keluarga mendapat ahli keluarga baru..Alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga saya..Layan gambar si comel..



Nama: Muhammad Ammar Hasif

Mula melihat dunia: 19 Nov 2010 (Jumaat)

Tempat keluar: Hospital Selayang


Muka Ammar masa lahir macam anak cina..Mati2 kitorg ingat anak cina sesat..haha...Semoga Ammar membesar sebagai anak yang soleh..Amin..

*Hari Sabtu 20 Nov saya dan suami ke Melaka..Kakak suami tinggal kat Melaka..Sambil beraya, makan angin sekali..So kami pusing2 Bandar Hilir..tak banyak pusing pun sebab dah petang..banyak tempat tak dapat pergi..Huhu..tapi En.Suami janji nak datang lagi..Saya dah boleh tersengih besar..Akan diikat kuat janji itu..hehehe..
Orang kata gambar boleh merungkaikan segalanya..So kita layan gambar je lah ok..








Saya suka Negeri Melaka very much..rasa nya dari kecik sampai besar saya pergi Melaka..masa kecik2 of course abah ngan mak yang bawak..Hehe..dah besar ni pergi sendiri la..tapi saya tak pernah jemu pergi Melaka..Melaka banyak tempat nak cuci mata..Next time saya nak try naik "Duck Bus" tu..macam best je kan..
Ok lah dah panjang sangat kisah ni..jumpa lagi nanti..bye2

-- facebook ade dimana2--

* p/s: Jangan ditanya saya beli kat mana baju tu tau..hehe..

Saturday, October 30, 2010

Sabarlah wahai hati

Entry ini ditulis dengan emosi yang agak kurang stabil..
Sejak akhir2 ini diriku merasakan semua yang dilakukan tidak memuaskan hati insan di sekeliling ku..
Kenapa perasaan ini hadir..
Menjaga hati tidak semudah memetik jari..tidak semudah menyebut ABC..Tapi menuntut pengorbanan yang tinggi sehingga sampai satu tahap perlu mengorbankan hati sendiri..
Orang tua kata hidup perlu pengorbanan..diriku akur itu..
Tapi sebanyak mane hati yang perlu dijaga sebanyak itu juga diriku perlu berkorban..
Bersama ayah dan ibu perlu menjaga hati tua itu..
Bersama adik beradik perlu dijaga hati kecil itu..
Bersama kawan2 sepermainan perlu dijaga hati supaya tidak timbul ini itu..
Bersama ketua di opis, perlu dijaga hati yang punya kuasa veto itu..
Bersama dengan orang lagi tua dari kita, perlu dijaga hati sensitif itu..
Oh banyak nya hati perlu dijaga..
Tapi hati sendiri???
Andai dalam hidup ini wujud sebuah scanner yang boleh "scan" hati insan2 diatas sudah tentu diriku orang pertama yang mendapatkan scanner itu..
Biar pun perlu berhabis beribu..
Asal dapat diriku baca semua hati itu..
Tapi itu adalah andai..
Mane wujud andaian itu..
Hati menangis hanya Allah yang tahu..
Luar nampak semua indah..
Di dalam hanya diri sendiri yang merasa..
Oh hati !!!
Sabarlah..

Saturday, August 14, 2010

* Salam Ramadhan *

Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam di dunia especially yang kepada yang sudi menjengah blog bersawang ini..
First of all...Assalamualaikum...hehe..main terjah je tak baik kan..;-)
Hurm nak mula daripada mana pun saya tak tahu ni..Banyak benda nak cerita tapi.....
M.A.L.A.S :)
Haip nak kena rotan ni..huhu..

Bercerita mengenai puasa, ini kali pertama saya menyambut Ramadhan bersama suami tercinta..Excited gila2..nak berbuka puasa sama2..nak baju raya kaler sama...nak sahur sama2..semua sama2 la..hehe..
Paling penat ini lah kali pertama saya kena mengajar di bulan puasa..Ya Allah, sungguh2 menguji kesabaran saya sebagai seorang pendidik..Huhu...Saya sangat penat melayan karenah student2..Bila mengajar faham sokmo, bila buat latihan mula lah ade yang buat muka seposen..Hish geram je..Nasiblah dorang dapat lecturer tak garang macam saya ni..Haha..(masuk bakul angkat sendiri nampak....kui2)

Hari pertama puasa, saya betul2 down..kelas penuh 6 jam..fuhh penat giler..paling penat waktu kelas tengahari..mata masing2 kuyu je..mata student kuyu takpe..tapi kalau mata lecturer yang kuyu, hah habislah..Hahaha..Tapi perjuangan harus diteruskan..Jangan jadikan puasa sebagai satu alasan...( Ayat selalu pujuk student2..hehe)..Kalian pun mesti ingat jangan jadikan puasa sebagai satu alasan ye..Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..
Amin...
Ok lah, rasanya cukup setakat ini dulu..Otak dah tepu, tak keluar idea dah..hehe..ade kesempatan, saya bercerita lagi..

"jaga diri hiasi peribadi"
Salam Ramadhan dari saya buat semua...

Thursday, June 10, 2010

Saya terima anugerah

Salam semua..

Hari ini ceria sangat kerana sebijik award.Bangga??? Tak sangat kot...nanti riyak pulak kan..hehe...

" CREATIVE BLOGGER AWARD"



A big thank you to Kak Long Yana for this award. :) Thanks banyak2..
Satu penghargaan buat blog ini..
Tapi diriku bertanya kreatif blogger kah aku???
Haha..

Ok lah sebelum berundur diri, saya pon dengan baik hatinya nak beri award ni kepada:

1. Neza
2. Nurul Huda
3. Cik Masni
4. Cintaleaixora

Itu sahaja buat hari ini..jumpa lagi ya!!!



Sunday, May 9, 2010

Hari ini hujan..Hujan membawa erti hari ini dingin..Dingin memujukku supaya tido..hehe..Eh tak mahu la tido..Harini saya teringin nak update cerita2 baru yang berlaku sepanjang 2010..Untuk 2010 saya tidak pernah berkongsi ape2 yang menarik dengan uolls kan..kan? kan? kan?

Seperti yang diwar2kan sebelum ini, musim ekjem dah pon berlalu..to all my dearie students, saya doakan kalian success dalam semua paper saya..kalau tak, kita jumpe lagi next semester..hahahaha...Sekarang ni pi kije lenggang kangkung je..takde risau lagi pasal kuliah, pasal nak habiskan sylibus, pasal nak prepare soklan quiz n test yang kadang2 saya sendiri pening nak wat..

Konon nk wat soklan susah2 nk nguji student, then saya sendiri yg penin2 nak marking pastuh...ape daaaa saya ni..hehe...suka create problem kpd diri sendiri...

Stop cerita pasal kije..muak kan asik cerita pasal kije..kije sampai mati pon tak kan habis..tul tak? betul la tu..kalau tak kije, mane nak dapat duit kan..pastu tade duit, camne nak shopping kan..duit mcm air je..kita sanggup tunggu sebulan iaitu 30 hari nak dapat gaji..dah dapat gaji tak sampai 2 ari dah leh hbis..hohoho duit2..dimanakah duit..hehe..

Nak jadikan cerita, Ahad lepas, saya n En.Hubby pi la Mid Valley nak cari Crocs..Skunk musim orang giler pkai crocs kan..bersepah2 buaya kat M'sia hehe..mane2 pi mesti nampak buaya ngah berjalan..hahahaha..tatotnyer...saya pon teringin la nak bela buaya sekor jugak...But unfortunately,
saiz kasut yang saya berkenan tu tade la pulak..huhu susah kalo pkai saiz 6 or 7 ni..cpt sangat habis stok..kuciwa dah time tue..

Then, Jumaat lepas pas habis kije, En.Hubby ajak singgah pi Bangsar Village usha Crocs..Wah i'm so lucky that day coz Crocs yang saya nak ade stok..Suker giler time tue...Yeayyy...
(cam kanak2 ribena kan??? hehe)..So saya nak tunjuk la sikit buaya peliharaan saya..Comey tak???
Mula2 dulu nak li kaler hitam or putih je..senang nak matching kan ngan sumer baju..taip tatau jela pas kawen ni saya fanatic sangat ngan kaler pink..dunno why..Sumer barang 1 umah dah kaler pink..Even En.Hubby nyer T-Shirt pon kena kaler pink..En.Hubby pon layan jela..hehe..


+ Pinky Crocs peliharaan saya +

Ni salah satu kesayangan saya setakat ini..Ade lagi satu benda yg sangat bermakna dalam hidup saya..Bulan lepas saya baru beli hencet baru..Huhu..Hencet lame dah tak bole nak diselamatkan lagi..Hantar klinik pon Doktor nasihat suruh baling ke dinding jerk..tak pon bagi anjing makan..hahaha..So saya decide nak li En.Nokia E72..saya ni tak kisah sangat hencet nyer function janji kamera dia have super power..haha..bagi yang giler possing cam saya, kamera lagi penting..kui2..lagipon hencet ni senang sikit saya nak isi notes banyak2..maklum la saya ni pelupa..tugas cam saya banyak nak kena notes..gune planner pon asik lupa taruh katner..gune hencet konfem ingat letak katner..hilang hencet, seumpama ilang separuh nyawa..kan2..mane le hidup tanpa hencet..Sayang En.Nokia..



* Inilah wajah kesayangan hamba *

Wahahahaha tak bole tahan tengok wallpaper tue..hehe..sila jangan jeles yea kengkawan..Saya letak gambo itew supaya saya akan sentiasa ingat status saya..saya kan pelupa..( haha gurau jew...) Saje saya letak supaya kenangan itu akan sentiasa menjadi kenangan terindah buat saya..Walaupun dah hampir 5 bulan, terasa baru seperti semalam saya kawen..Kalaulah boleh diputar semula ke waktu itu...kalaulah kan.....hehe...(Hish tak bek berkalau2..kalau itu kan perkataan kesukaan Syaitan..Astaghfirullah..)

Dan tidak lupe juga kepada org baru dalam family saya..Welcome home to Mohd Danish Zakwan..Anak buah sulong saya..Sangat comey..dilahirkan pada tanggal 27 March 2010..( Huish bulan 5 baru Cik Long nak wat entry..Terok kan Cik long nie..hehe)..Danish dilahirkan di Hospital Kuantan dengan berat 2.5 KG..Alahai keciknyer..hehe...Cik long mula2 nak pegang pon tatot..tapi sekarang, dah boleh baling2..hahahaha..



To Mohd Danish Zakwan, semoga anda cepat besar..Semoga anda membesar menjadi seorang muslim yang baik dan semoga jadi anak yang patuh dan taat kepada kedua orang tuamu..Amin..

Saya bila lagi??? lom ade rezeki la..huhu..Next entry kita sambung cerita lagi key..


* Gambar terkini empunyer blog *

Thursday, May 6, 2010

I'm Back

Salam kepada kawan2 blogger semua..

Lama sungguh sy tak hupdate blog ini....Hampir 2 bulan..lama sungguh...Maafkan saya ye wahai kawan2 sekalian..Tahap kesibukan terlampau membatasi tahap keaktifan untuk berblog..hehe...Wah ayat ape daaaaa....hahahaha...

Kini kesibukan dah turun ke tahap zero..Saya dah bebas...Merdeka!!!!
Student2 dah nak habis ekjem...Dan lecturer mereka ini juga sudah boleh membuta dan membosakan badan selepas ini...kui2....Makan gaji buta betul..hehe...Sila jangan tiru perangai yang buruk itew wokeh..

Dan kini saya kembali ke dunia penulisan di alam maya ini..Sesungguhnya saya betul2 rindu nk menulis..rindu nk beri komentar..rindu nak menjengah blog org lain..walaupun sekadar berblog walking..hehe....
Dulu saya nekad nk cancel je akaun blog ni ..ketandusan idea betul dah time tu..Tapi sayang plk..Dah hampir setahun blog ni wujud..Harini bersemangat plk nk teruskan ber blog..
Entah lew leh percaya ke tak saya ni..mula2 jerk poyo..pastu hangat2 taik ayam jela..Haha..

Kalo korang perasan, blog ini dah bertukar wajah..Lawa tak??? hehe..Dah bosan tahap gaban ngadap layout yg lame..Ari2 tatap sampai dah tak terkeluar idea nk tulis ape.So, saya decide untuk membuat transformasi dengan menukar layout ini first...Hah then baru la ada semangat nk menulis...hehe...Dari 2 column dah bertukar jadi 3 column..Dan saya akan menambah lagi ape2 yg patot slps ini key....

Ok lah, setakat ini dulu berita terkini dari saya..Bantal dan katil dah melambai2 dah tue..
Jumpa lagi di lain entry ok..
Gud Nite uooollsss..

p/s: Tenkiu kepada anda yang sudi baca blog ini.. ;)

Saturday, March 13, 2010

Assalamualaikum..

Kali ni nak hupload gambo-gambo sekitar majlis bertandang plak...
Tadi asik melayan "Spontan" dm youtube,tetiba plk tenet turns to
^%* !@*(
Hangin je harini..
Ok ah, this is my official wedding piccas on majlis bertandang..
Majlis dah hampir 3 bln berlalu, but the memories are still fresh in my mind..kui2
Jom layannnn...

12 Disember 2009
Venue: Dewan Alamanda Seksyen 21 Shah Alam
Outdoor Location: Tasik Shah Alam
Photographer: Nasrul Effendy



















Dah habis tonton? Kui2..Cambiasa tugas anda yg membaca, sila tinggalkan komentar2 anda wokeh..
Jumpa lagi k..