Assalamualaikum Salam satu Malaysia :p
Buat hari ini, untuk detik dan saat ini, saya ingin mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk bernafas di bumi ini..Selamat datang 2011..Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ini..Korang sudah mesti mempunyai azam tahun baru kan? Apa pun semoga azam tahun ini menjanjikan sejuta kegembiraan dan kebahagiaan kepada korang semua..
Saya bersyukur dengan segala yang telah diberikan Tuhan selama ini..Kita tidak boleh mengeluh apa lagi menyesali takdir kita.Sekiranya kita rasa kita sangat bijak merancang hidup sendiri, sebenarnya perancangan Tuhan lebih hebat dan mengatasi segala-galanya.Setiap ujian sebenarnya hanya untuk menjadikan kita semua lebih matang dan dewasa menjalani ujian hidup..
Untuk itu, sempena tahun baru ini, saya dengan rendah diri mahu melafazkan seribu rasa syukur dengan segala nikmat kurniaan Illahi.Tidak menjadi kaya pun, tidak mengapalah! Setidak-tidaknya saya masih mampu pakai SELIPAR JEPON untuk ke bilik air! Saya masih ada berpasang-pasang baju kurung untuk dipakai ke opis! Saya ada bas awam,saya ada LRT,cukuplah!Hehe..
Saya mahu senaraikan setiap perkara yang saya ada sebagai tanda saya bersyukur !
1. Saya bersyukur sebab ada emak dan ayah.
2. Saya bersyukur sebab ada suami yang sangat memahami.
3. Saya bersyukur dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Dua tangan saya cukup 10 jari, ada sepasang
mata, ade sepasang bulu mata yang sangat panjang (macam unta :p).Syukur saya sihat walafiat.
4. Saya bersyukur sebab ada pengalaman bekerja pada usia muda.
5. Saya bersyukur diberi keupayaan meluah segala isi hati di blog ini.
6. Saya bersyukur blog ini diterima pembaca dan tiada yang memaki hamun saya kerana muak dengan cerita saya.
7. Saya bersyukur kerana biarpun tidak mampu berbelanja mewah, saya masih dapat menambah koleksi kasut setiap bulan.(saya hantu kasut :p).
8. Saya bersyukur sebab saya tidak gemuk walaupun sebenarnya saya kuat makan.
9. Saya bersyukur ada kawan yang pandai mengambil hati.
10. Saya bersyukur ayah saya tidak kahwin empat.
11. Saya bersyukur sebab kedua-dua orang tua saya sihat walafiat dan tiada penyakit kronik seperti orang kaya yang selalunya sakit.
12. Saya bersyukur sebab apabila saya demam, saya cuma perlukan panadol dan minyak cap kapak sahaja.
13. Saya bersyukur biarpun tidak secantik Lisa Surihani tetapi orang kata saya tetap manis dan comel. (Perasannya saya :p)
14. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam.
15. Saya bersukur kerana menjadi warganegara Malaysia.
16. Saya bersyukur masih ada rumah untuk tinggal dan tidak perlu tidur di bawah jambatan.
17. Saya bersyukur sebab masih mampu bersolat lima waktu.
18. Saya bersyukur dilahirkan sebagai perempuan sebab saya suka benda yang comel-comel.
19. Saya bersyukur sebab tidak pernah kena histeria sepanjang duduk di asrama.
20. Saya bersyukur kerana tiada penyakit gastrik maka saya mampu berpuasa penuh.
21. Saya bersyukur kerana khatam Al-Quran buat pertama kali pada usia 9 tahun.
22. Saya bersyukur kerana negara saya tiada gempa bumi dan gunung berapi.
23. Saya bersyukur kerana masih dapat berfikir semua perkara yang membuatkan saya rasa bersyukur.
24. Saya bersyukur kerana digerakkan hati untuk meluahkan rasa syukur ini.
25. Saya bersyukur kerana semua nikmat Allah beri ini terlalu banyak sebenarnya untuk saya senaraikan.
Cukuplah yang ini dahulu.Sekali lagi saya rasa bersyukur kerana korang sudi membaca senarai ini sehingga habis!
Selamat Malam korang !!!
Thank you for reading!
p/s: Carilah novel Akukah Cinderella itu? Jalan cerita yang super duper best..Sumpah tak tipu!